Kalau ikutkan sebenarnya sudah 2 hari lepas (29.1.13) Suami aku sambut ulang tahun yang ke 33 tahun. Kami tak sambut sangat cuma aku belanja makan sahaja. kami bertiga jer kemana lagi kalau tak kat kedai di Jerantut jer. Moga Papa di berkati allah hendaknya. dapat jaga kami, dimurahkan rezeki. Kami sayang sangat kat papa (Mama & Sara)
Papa x banyak pun gambar. dia bukan sorg yang suka bergambar. Nie gambar terbaru 2 bulan lepas. Susah betul nk cari gambar papa.
Thursday, January 31, 2013
Sambutan Maulidur Rasul
Buat kali pertama utk diri Sara, dia sambut Maulidur Rasul di sekolahnya. Alhamdullilah ramai juga yg dtg. Aku siap cuti, biasalah anak baru sorg memang mama pun teruja nk sambut jugak.Tadika Sara sambut ari Rabu (30.1.13). Bagus jugak sekolah bt sambutan mcm nie. harap anak2 dipupuk utk mengenal Rasullulah.
Selepas berarak para pelajar mendengar ceramah sedikit tentang Nabi Muhammad (S.A.W)
Selepas berarak para pelajar mendengar ceramah sedikit tentang Nabi Muhammad (S.A.W)
Selepas ceramah, kami dijemput makan & pelajar pun boleh balik sekolah.
Sunday, January 20, 2013
Sara Mengaji
Sekolah dh hantar. jadi kali nie lak hantar mengaji plak. kewajipan perlu ler dilakukan. kul 7.45 pm dah hantar. terus tunggu sampai siap. tempat mengaji jauh dari umah. malas nak ulang-alik. setakat nie alhamdullilah tak ponteng lagi.
Moga sara rajin mengaji selalu.
Moga sara rajin mengaji selalu.
Hari Pertama Sekolah
Walaupun sudah masuk 3 minggu semua anak2 & adik2 kita masuk sekolah
baru ler I nak cerita pasal anak yg sorg nie. Umur Sara bulan 4 nie
baru ler 4 thn. tapi bukan main nk g sekolah jugak. mula2 kami (bersama
My Love) nak antar sekolah dlm bulan 6 nie. tapi sara dh semangat sgt
kena antar awal. 2 ari seblm sekolah dia demam & muntah kesian
tgknya. sampai ckp kat dia kalau demam x yah g sekolah ler. semangat
punya pasal pagi2 nak g sklh dh x demam. pagi dh siap ckp ari nie sara
nak g sklh mama.
Pagi yg bersemangat nk g sekolah.
I & My Love bercuti konon2 antar anak g sekolah takut pulak nangis ker ape ker tau2 ler budak2 nie. sekali dia suruh je kita balik. Boleh dia kata Mama & pa baliklah x yah tunggu ya.Sian kami anak x bagi tunggu. balik ler tunggu sampai balik sekolah.
Subscribe to:
Posts (Atom)